Allahuakbar!

|
Allahuakbar! Lailahaillallah Muhammadarrasulallah....

Semenjak dua menjak ni...banyak benda yang terjadi disekeliling aku yang membuatkan aku sedar...betapa agungnya Allah S.W.T...

Sedarkah kita? segala apa yang kita miliki sekarang adalah milik Allah??? Kita hanya meminjam daripada Allah segala apa yang kita ada sekarang.....dan Dia berhak untuk menarik balik tidak kira waktu dan ketika jika Dia menghendakinya....

Cuba lihat asas pada diri kita sendiri.... Allah jadikan kita lengkap dan sempurna. Allah kurniakan kita mata untuk melihat, telinga untuk mendegar, hidung untuk menghidu, tangan dan kaki untuk melakukan kerja, otak untuk berfikir..dan berbagai fungsi pada tubuh badan kita.... Allah PINJAMKAN kita, terpulang kepada kita bagaimana untuk menggunakannya....kejalan yang baik atau pun yang buruk..
Cuba kita fikir lebih jauh dan lihat apa yang kita ada disekeliling...
Allah kurniakan kita ibu bapa, keluarga, suami , anak, kawan, kekayaan, pekerjaan yang baik, ilmu yang tinggi, rumah yang besar, dan kereta yang besar untuk kita nikmati di dunia sebagai bekalan di akhirat. Tapi cuba kita lihat , manusia selalu mensia-siakan apa yang Allah pinjamkan kepada kita. Rata-rata manusia lalai dan leka dengan kehidupan duniawi! Ada yang jalan mendabik dada kerana pangkat dan darjat, merendahkan manusia yang dianggapnya tidak setaraf. Ada yang begitu bangga memunyai isteri yang cantik, suami yang handsome...anak yang pandai...dan memperlekeh2 kan orang lain yang jauh tidak setaraf dengannya... dihambakannya orang yang dirasakan sudah tidak berguna...
Kita dipinjamkan Allah segala-gala untuk melengkapkan kehidupan....tetapi kita tidak pandai menghargainya...

Ingatlah, sekecil-kecil zarah yang Allah kurniakan kepada kita, pinjamkan kepada kita, Allah S.W.T berhak untuk menarik balik segala-galanya tak kira waktu dan masa... Hari ini kita mempunyai pekerjaan yang besar..tah esok..atau lusa, mungkin kita akan kehilangan semuanya...tiada pekerjaan..tiada pendapatan. Jika hari ini kita mempunyai keluarga bahagia, suami yang penyayang, isteri yang solehah, dan anak yang soleh, tah esok atau lusa Allah mungkin akan menarik balik isteri yang dipinjamkan kepada kita, atau suami yang dipinjamkan kepada kita, atau anak yang dipinjamkan kepada kita. Mungkin hari ini kita mempunyai cukup sifat dan tubuh badan, mungkin esok atau lusa ..Allah mungkin menarik balik salah satu dari anggota badan yang dipinjamkan kepada kita...maka cacatlah jadinya....

Kita manusia hanya hambanya yang lemah. Allah maha berkuasa. Dia yang berhak menentukan segalanya.
Tolonglah, hargailah segala apa yang dipinjamkan kepada kita..walau sebesar zarah...sebelum kita menyesal kehilangannya!

* Hargai anggota badan yang Allah kurniakan kepada kita dengan menggunakannya ke arah kebaikan.
* Sayangi dengan sepenuh hati suami, isteri, anak, ibu, bapa, dan keluarga yang telah Allah pinjamkan kepada kita. Andai kita tak hargai, tah esok, lusa, mereka sudah tidak bernyawa...menyesal pun tiada gunanya.
* Hargai segala kesenangan yang Allah pinjamkan kepada kita...kekayaaan, pangkat yang tinggi dan segala-galanya.

* Jangan sesekali mensia-siakan apa yang kita pinjam dari Allah...Kerana segala hasil dari apa yang kita pinjam, akan dihitung di akhirat kelak.

-Cazacboolat-

0 pengkritik: