... xtau ape tajuk....

|
Da beberapa hari aku taip..ps2 delete...taip ps2 delete..
Baru hari ni ada kekuatan untuk bercoret...

Da beberapa hari hati aku murung sangat sebenarnya.... buat apa pun serba tak kena...
Mmg masih mmpu tersenyum smpai ke telinga...tapi hati...tah la...

Aku kalo boleh xnk lalui minggu depan...ada apa next week?
em...
sbb orang ni!


em...tah kenapa kali ni aku berat sangat nk lepaskan tulang belakang aku ni pegi outstation.... sedih...
dia tulang belakang aku... dia kekuatan aku.... dia la segalanya bagi ak....  kalo dia takde aku rasa lemah...
xtau kt mana nk cari kekuatan selain bedoa...
ak syg suami ak...terlalu sayang....  ssh ak nk lepaskan dia kemana2... even ke kedai dekt pn ak nk ikut..ini kan plak jauh....padahal sebelum ni oke je...

dia suami yang baik....
selalu ada disisi aku susah dan senang.....
bila aku ada masalah dia selalu tanyakan keadaan aku.. 'Yang Oke Ke?'... 'Yang kenapa'? 'Yang cite la'..
selalu amik berat psl aku....jaga kesihatan aku dan si tecik.. belikan ubat begelen2 walaupun hakikatnya aku paling benci mkn ubat... tapi disebabkan dia lah aku mkn jugak....

Ini pulak pelengkap hidup aku....slalu buat aku tersenyum.... smpai g keje pn terbau2 lagi yg sorg ni.... asik tgk jam bila nk balik.... terigat2 teletah manja dia dgn gigi dua batang tu!syg ank bonda! akif bijak!
Guling smpai ke bawah kerusi.... da mula nk merangkak da die.... tak boleh tinggal..kejap je begolek2...
Sejuk ati tgk akif n hsbnd.... aku rasa besyukur Allah kurniakan mereka kpd aku...sangat bahagia...

Husbnd slalu pesan....
1. Yang...kalo b takde dkt syg...jga maruah...jaga maruah b....jaga ank elok2....
2. Yang... walau ape pn terjadi...walau apa skalipun ujian..Allah ada.... b ngn akif sntiasa bersama syg.....

aku akan hargai sisa2 hidup aku dengan mereka berdua....insan yang sangat2 aku sayang dan cinta...

aku bahagia bersama kalian! 


Allahuakbar!

|
Allahuakbar! Lailahaillallah Muhammadarrasulallah....

Semenjak dua menjak ni...banyak benda yang terjadi disekeliling aku yang membuatkan aku sedar...betapa agungnya Allah S.W.T...

Sedarkah kita? segala apa yang kita miliki sekarang adalah milik Allah??? Kita hanya meminjam daripada Allah segala apa yang kita ada sekarang.....dan Dia berhak untuk menarik balik tidak kira waktu dan ketika jika Dia menghendakinya....

Cuba lihat asas pada diri kita sendiri.... Allah jadikan kita lengkap dan sempurna. Allah kurniakan kita mata untuk melihat, telinga untuk mendegar, hidung untuk menghidu, tangan dan kaki untuk melakukan kerja, otak untuk berfikir..dan berbagai fungsi pada tubuh badan kita.... Allah PINJAMKAN kita, terpulang kepada kita bagaimana untuk menggunakannya....kejalan yang baik atau pun yang buruk..
Cuba kita fikir lebih jauh dan lihat apa yang kita ada disekeliling...
Allah kurniakan kita ibu bapa, keluarga, suami , anak, kawan, kekayaan, pekerjaan yang baik, ilmu yang tinggi, rumah yang besar, dan kereta yang besar untuk kita nikmati di dunia sebagai bekalan di akhirat. Tapi cuba kita lihat , manusia selalu mensia-siakan apa yang Allah pinjamkan kepada kita. Rata-rata manusia lalai dan leka dengan kehidupan duniawi! Ada yang jalan mendabik dada kerana pangkat dan darjat, merendahkan manusia yang dianggapnya tidak setaraf. Ada yang begitu bangga memunyai isteri yang cantik, suami yang handsome...anak yang pandai...dan memperlekeh2 kan orang lain yang jauh tidak setaraf dengannya... dihambakannya orang yang dirasakan sudah tidak berguna...
Kita dipinjamkan Allah segala-gala untuk melengkapkan kehidupan....tetapi kita tidak pandai menghargainya...

Ingatlah, sekecil-kecil zarah yang Allah kurniakan kepada kita, pinjamkan kepada kita, Allah S.W.T berhak untuk menarik balik segala-galanya tak kira waktu dan masa... Hari ini kita mempunyai pekerjaan yang besar..tah esok..atau lusa, mungkin kita akan kehilangan semuanya...tiada pekerjaan..tiada pendapatan. Jika hari ini kita mempunyai keluarga bahagia, suami yang penyayang, isteri yang solehah, dan anak yang soleh, tah esok atau lusa Allah mungkin akan menarik balik isteri yang dipinjamkan kepada kita, atau suami yang dipinjamkan kepada kita, atau anak yang dipinjamkan kepada kita. Mungkin hari ini kita mempunyai cukup sifat dan tubuh badan, mungkin esok atau lusa ..Allah mungkin menarik balik salah satu dari anggota badan yang dipinjamkan kepada kita...maka cacatlah jadinya....

Kita manusia hanya hambanya yang lemah. Allah maha berkuasa. Dia yang berhak menentukan segalanya.
Tolonglah, hargailah segala apa yang dipinjamkan kepada kita..walau sebesar zarah...sebelum kita menyesal kehilangannya!

* Hargai anggota badan yang Allah kurniakan kepada kita dengan menggunakannya ke arah kebaikan.
* Sayangi dengan sepenuh hati suami, isteri, anak, ibu, bapa, dan keluarga yang telah Allah pinjamkan kepada kita. Andai kita tak hargai, tah esok, lusa, mereka sudah tidak bernyawa...menyesal pun tiada gunanya.
* Hargai segala kesenangan yang Allah pinjamkan kepada kita...kekayaaan, pangkat yang tinggi dan segala-galanya.

* Jangan sesekali mensia-siakan apa yang kita pinjam dari Allah...Kerana segala hasil dari apa yang kita pinjam, akan dihitung di akhirat kelak.

-Cazacboolat-

KELUARGA BAHAGIA

|
Bahagiakanlah keluarga kita sebelum membahagiakan orang lain.
Kesolehan keluarga menjadi penentu bagi tegaknya sesuatu bangsa yang aman, makmur dan sejahtera.
Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.
Ciri orang yang mencintai keluarganya adalah dia selalu bersabar dalam mendidik akhlak dan keimanan keluarganya.
Seorang yang bekerja keras untuk menunaikan tanggung jawab kepada keluarganya adalah bukti kasihnya kepada keluarganya.
Tingginya darjat suami ditentukan oleh perjuangannya menjadi pemimpin rumah tangga, sehingga dituntut menjadi teladan yang baik bagi keluarga yang dipimpinnya.
Sesungguhnya keluarga itu tempatnya yang aman dan selesa dalam berkongsi suka dan duka.
Kasih sayang yang terjalin diantara anak dan ibubapa mampu melahirkan sikap jujur dan terbuka.
Kekuatan cinta yang tulus mampu menggerakkan lisan untuk senantiasa berterima kasih kepada pasangan, anak ataupun ibubapanya.
Mencintai keluarga adalah amanah bagi setiap manusia.
Pecinta keluarga tidak akan membiarkan dalam rumahnya berlaku keburukan dan kemaksiatan.
Anak-anak lebih memerlukan contoh dan keteladanan dari kedua ibu-bapa mereka daripada celaan dan kekerasan.
Kehidupan kita akan berubah apabila dimulai dengan perubahan diri, keluarga dan persekitaran.
Mahkota orang tua adalah anak cucunya dan kehormatan anak-anak adalah kerana nenek moyang mereka.
Apabila setiap ahli keluarga saling mencintai, menyayangi, dan saling mengalah, nescaya seluruh masyarakat akan menjadi baik, aman dan damai.
Keharmonian keluarga terletak pada sikap tanggungjawab dan terbangunnya komunikasi yang sihat diantara ahli keluarga.
Komunikasi dalam keluarga akan senantiasa terpelihara selama komunikasi dengan Allah pun tetap terjaga.
Keluarga yang dekat dengan Allah akan menjadi keluarga yang layak ditolong olehNya dalam setiap urusannya.
Rasul saw bersabda, paling dekat dengan ku kedudukannya kelak pada hari kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik kamu ialah yang paling baik terhadap keluarganya.
Barangsiapa bersusah payah mencari nafkah untuk keluarganya, maka dia adalah seumpama seorang mujahid dijalan Allah.
Warisan termahal dan terbaik dari diri kita untuk keluarga, keturunan, dan masyarakat adalah keindahan akhlak kita.
Allah mencintai orang-orang yang selalu berjuang memperbaiki diri, keluarga dan masyarakat.
Cintailah suami atau isteri kita dengan memuliakan ibubapa dan keluarganya.
Bagaimana kita bersikap kepada anak-anak kita, begitu pulalah mereka akan bersikap kepada kita. Maka berikan sikap yang terbaik kepada mereka
Jika Allah cinta kepada sebuah keluarga, maka salah satu cirinya ialah keluarga itu dibukakan hati untuk ilmu agama.
Kebahagiaan sesuatu keluarga bukanlah diukur dari segi mata-benda, tapi sejauh mana keta'atan keluarga kepada Allah.
Ibadah seorang ibu adalah modal bagi lahirnya anak-anak yang soleh yang akan menjadi benteng bagi ibubapanya kelak di akhirat.

CRAZY HOBBY!

|
YEAY! da petang2 ni nk coret skali lagi...suke betul!
dr last week lagi tunggu je bila nk smpai....n akhirnya!

taraaaa!!!!

ni ha isinye...suke!


Ni la hobi aku....sendiri pegi kompem beli...kalo orang pegi mana-mana obesea ke... xobesea ke aku mesti pesan 'KAK, JGN LUPA BELI FRIDGE MAGNET TAO.....NANTI ORANG BAYO...NK BAGI FREE PUN OK JUGAK' ... HEHE...

Antara koleksi-koleksi yang aku ada:

     Singapore: pegi taun lepas...

Beijing, china: pesan kt kwn yg pegi

India: husband outstation...kompem la die beli sbb tau bini suke.

 Melbourne Australia: Kwn baik pegi last year..tq kak uda!

 New Zealand: Didi Dhilon pegi ..tq didi!

Bangkok Thailand

Jpegi masa awal2 kawen...2 bulan kena tinggal..sedih woo...

Malaysia: Sendiri pegi...haha


 n banyak lagi koleksi2 yang aku ada...dalam negara ( sabah, sarawak, terengganu, penang dll)... luar negara ( india, US, jepun dll)...
hurm...skrg tgh cari FM hard rock plak....slow2 la kumpul...kalo dpt pegi sendiri lagi best!

Itu saje!

p/s: kalo ade sesape yang ada banyak FM ni....n rase mcm buat semak je...meh la bagi kat aku...sedia menerima...hehe.... n kalo ade sesape yang ada hobby yang sama bleh la sharing maring cite meh...


Sakit..sakit..

|
Akif Akif....asik tak sihat saje...
kejap demam ..kejap batuk..kejap selsema....mcm2 lagi lah...
isao btl bonda...isao sangat2!
orang lain sume bulat2...akif je yg xbulat...ayah ckp akif da mcm anak orang somalia...huhu...sian akif..
baru2 ni tgk akif lain mcm...tgk2 mata dia kuar putih2 taik mata....dahhhhh...apa plak dah nih!
kwn2 ckp anak ko sakit mata ni... esoknya terus bwk gi klinik dr. Maria dkt alamanda tu...
doktor ckp  'sape yang ckp anak u sakit mata? bukan!' aku diam je...dengar je apa doktor tu nk cakap...
rupanya mcm ni :

' Kanak-kanak yang batuk dan selsema dalam tempoh yang lama akan mempunyai banyak kahak didalam dada....kanak-kanak masih tak pndai utk keluarkan kahak mcm orang dewasa...so lendiran2 kahak tu akan keluar dicelah2 rongga yang ada pada badan...ada yang keluar ikut hidung, ada yang ikut telinga, dan ada yang ikut mata. Selalunya bila kanak2 sakit dan diberi ubat, kanak-kanak akan keluarkan najis yang belendir. Ini bermaksud segala panas dalam badan kanak-kanak juga dinyah melalui najis.So ia bukanla penyakit bejangkit mcm sakit mata tu'

wooooo....baru aku tau...slama ni xpnh amik tau pn sbb takde anak...huhu...
tapi tu la seorang ibu...tgk anak xsihat..ibu yang xlalu nk mkn...resah je hati..tapi takpe...bonda hapy sangat sebab akif DA TUMBUH GIGI! hehehe...

AKif demam...sian ank b0nda

ayah ckp mcm ank org somalia..kurus je...

 Akif da ade gigi!! yeay!

INI KISAH HATI!

|
Em...baru  kejap tadi terima call dari seorang sahabat yang sangat rapat.....angkat je telefon...ak rasa mcm ada yang tak kena dengan kwn aku ni.....Menangis! mesti ada yang xkena!
lalu aku tenangkan...sabar..nape ni..cuba bgtau...
'laki aku kawen lain!'.....  aku terus tersentap! mata berair...tp aku xboleh turut menangis..sedih...sedih...dan satu ayat je yang ada dalam hati  aku ... KEJAM!
even tu bukan masalah aku...aku letakkan diri aku ditempat dia...Ya allah...kalaulah aku ditempat dia...hancur..luluh..bekecai...rebah... aku dapat rasa sume tu kawan! sebab aku sendiri benci perempuan yang amik hak orang lain...dan aku jugak benci laki yang xpandai hargai pengorbanan seorang isteri! kenapa tak cukup dengan satu????? aku tau dalam islam...laki tidak dilarang untuk berbini lebih dari satu...tapi tah la..ssh nk dpt pmpuan yg bleh trima...ape kurang nya kwn aku???setau aku dia isteri yang taat...isteri yang setia....banyak pengorbanannya sepanjang membesarkan anak-anaknya...Kalo la dia ada di dpan aku...nak je aku peluk die...biar dia menagis di bahu aku.... ak xsanggup tengok dia menderita.... ini ke balasan untuk seorang isteri yang taat? sedih!
hari ni hari dia...esok lusa tah kite plak...'Ya Allah...aku mohon kau jauhkanlah aku dari merasai keperitan sebegini...aku juga seorang wanita... mmg xboleh lari dari masalah sebegini...cuma aku pohon kepadamu ya Allah... tutupkan pintu hati suami aku untuk wanita lain...biarlah hanya aku bertakhta dihatinya hingga ke hujung nafasku'.
Sabarlah syg....aku yakin Allah itu adil...setiap apa yang terjadi mesti ada hikhmahnya...semua orang ada ujian masing2...mungkin ini bahagian kau...
aku xtau mcm mana nk bedepan dgn suaminya suatu hari nanti....sbb muka aku mmg xole nk cover kalo aku da xsuka sesuatu benda tu... wahai si isteri kedua...hari ini kau ambil hak orang ...esok lusa orang mungkin akn ambil hak kau...
lelaki ...lelaki....tolong hargai pengorbanan isteri.... susah payah isteri...penat lelah isteri...andai kau kira isteri kau takde pengorbanan ...bermakna kau silap! siapa yang lahirkan ank2 kau?? siapa yang sediakan mkn pakai kau dan anak2?? masalah kewangan isteri fikir..masalah anak-anak isteri fikir...masalah suami isteri fikir...masalah keje isteri fikir....semua isteri! smpaikan hari ni nk mkn apa pn isteri yang fikir...! hebat x isteri? boleh ke lelaki buat semua tu dalam satu masa??? mungkin ada..tapi hanya segelintir...  !!! jgn semata2 kerana nafsu.

Mungkin aku tak dapat membantu...tapi aku boleh jadi pendengar setiamu... moga sedikit sebanyak dapat mengurangkan duka di hati kau....
Kuatlah kau demi anak2...banyakkan bersabar...buktikan yang kita mampu berdikari.

Aku doakan...Allah tunjukkan jalan terbaik untuk kau.



Kasih Sayang @Wang?? Mana lebih penting...

|

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah.....

Anak: Ayah... ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?
Ayah: Hmmm.... nak tanya apa?
Anak: Ayah... berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya?
Si ayah mula menengking.
Anak: Amin saja nak tahu ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Si anak mula merayu pada ayahnya.
Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.
Anak: Oh..20 ringgit..
Amin menundukkan mukanya.
Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?
Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu
tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu?
Mintak sampai 10 ringgit?
Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu
senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur!
Dah pukul berapa nih...!!"
Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya.
Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil
itu meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ayah
kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar
memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini.

Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik
anaknya. Didapati anaknya masih belum tidur. "Kamu benar-benar
perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni " Si ayah mengeluarkan sekeping
duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang.
"Terima kasih banyaklah ayah!"

Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10
ringgit yang sudah renyuk terhim pit oleh bantal.
Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. "Kenapa kamu mintak
duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??"

Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya.
Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan. ... ."Duit ni Amin
kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..."

"Tak cukup duit nak beli apa??"
Jerkah ayahnya lagi.

"Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit..
Nah.. ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di
pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.."
Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...

Moral:
Kongsilah cerite ni ngan sesape aje yg anda suka tapi.. yang penting
sekali, kongsilah masa sebanyak 20 ringgit itu bersama2 dgn insan
yang anda sayangi. Ini hanyalah setitis peringatan kepada sesiapa yang
bekerja keras sepanjang hidupnya.. yang bakal kerja sok lusa... atau
sesiapa saja yang selalu sibuk...
Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa dinikmati bersama2
dengan mereka2 yang begitu rapat dengan kita.. yang sentiasa berada
di hati kita..

Bayangkan... bila dah kerja nanti... kalau kita mati.. pihak syarikat
akan senang2 cari orang lain.. gantikan kita.
Tapi.. keluarga, rakan2 yang kita tinggalkan kat dunia ni pasti akan
berasa suatu kehilangan sepanjang hidup mereka... Fikirlah... selama ni... apa yang kita dah buat untuk keluarga kita?.. untuk insan yang kita sayang??



.: RAYA oh RAYA :.

|
Sume orang sibuk pasal raya...
sume orang cite psl raya...
sume orang da beli baju raya...
kalo time rehat sume orang berpusu-pusu ke jualan kt opis ni untuk beli baju raya...
ada tu yang setiap kali g je mesti wajib beli...nek heran aku....huh...
al kesahnye...aku ni da bekali2 pegi jualan tu...asal pegi xde yg bekenan dihati...asal bekenan takde saiz plak..
alahai..... hari ni da nk dekat separuh bulan ramadhan...baju sehelai pn aku blm beli lagi....pening pening..
ajak en. suami g jalan TAR...sejarah taun lepas berulang kembali...
smpai je kt tgh2 jalan yg penuh sesak depan sogo tu....hsbnd trus ckp...'em yang...pegi tempat lain je lah...sesak la..panas pulak tu....' trus aku terdiam...mata da berair da sbb hati kemain meronta tgk orang kiri kanan bwk beg plastik smpai xckup tangan...kalo kaki bleh bwk ngn kaki2 lagi nk pegang agaknye...hurm..redha...trus je balik rumah..... xjadi la pegi jln TAR walaupun da smpai...
kali kedua pn sama...da smpai je kt sana....da parking pun..en. suami ckp 'yang..Akif mesti xsuka dtg tmpt mcm ni dengan sesak2 ni...sian akif kn Akif...Akif pn tetiba senyum je seolah2 faham je ap yg ayah dia bgtau tu'...hurm...kesian plak tgk anak...trus tutup pintu dan beredar....
sudahnye smpai hari ni ler xdpt pn baju raya....sadis  :'(  (en.suami mmg xsuka pegi tmpat2 yg ramai mcm tu..mcm2 alasan la dia kasi.. )


Yang si akif ni lain pulak citanye...
baju raya dia je da lebih dari 5 pasang da....baju melayu plak mak toknye nk belikan..
tapi da alang2 jumpa aku belikan je la..igtkan muat....tapi da macam orang kt tengah sawah tu da..punye la besar!!!  kempunan la akif nk pakai baju melayu taun ni...


mcm ni ha baju akifff....






tak pe la Akif ....nnti ayh balik kita g cari baju Akif ye....




YEYE...TAUN NI RAYA DEKAT UMAH MAKTOK PENANG!!!


* bonda kena tanggung kerja kwn yang bersalin...so raya tak bleh cuti...tapi sbb fikirkan anak nk raya....sanggup mohon cuti even tanggung keje xbebayar pn takpe... duit tolak tepi..jnji ank bahagia  ^_^