.: Ambulan xcdnt dgn Teksi :.

|
MELAKA: “Sebaik menghampiri ambulans, jururawat wanita itu mengerang kesakitan dan meminta tolong lalu saya mengangkatnya dengan berhati-hati ke tepi jalan,” kata anggota penyelamat pantai sambilan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Tan Bun Han, 40, saksi kejadian kemalangan membabitkan ambulans dan teksi, di Jalan Tun Abdul Razak menghala ke Plaza Tol Ayer Keroh, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam, ambulans yang dinaiki lima orang termasuk pesakit wanita warga emas yang kritikal akibat pendarahan kepala, terbalik di tengah jalan sejurus dirempuh teksi dari arah Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

Kejadian di persimpangan Seri Negeri-MITC, itu menyebabkan pesakit, Mariam Baba, 73, yang disamun di rumahnya di Bukit Rambai, kira-kira sembilan jam sebelum itu dan dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) cedera parah dan kini menerima rawatan intensif di Hospital Melaka (HM).

Sementara itu, jururawat, Yuhanis Yasin, 30, juga dirawat di HM, manakala doktor lelaki berusia 25 tahun terpaksa dirujuk ke HKL akibat kecederaan parah dialami.

Dua lagi mangsa, pembantu perawatan dan pemandu ambulans, Mambang Rudy Hartono, masing-masing berusia 56 dan 41 tahun, hanya cedera ringan, manakala pemandu teksi dikenali, Ali Muhammad Don tidak cedera.

Menurut Tan, dia berada di belakang ambulans dan mendakwa melihat kenderaan itu dilanggar teksi berkenaan di bahagian belakang menyebabkannya hilang kawalan dan terbalik.


“Saya berhenti di persimpangan apabila lampu isyarat bertukar merah dan memberi laluan kepada ambulans meneruskan perjalanan.

“Tiba-tiba muncul teksi dari arah MITC melanggar sebelah kiri di bahagian belakang ambulans menyebabkan ia terhuyung-hayang sebelum terbalik ke sebelah kanan.

“Saya terus memandu ke arah ambulans untuk memberi bantuan,” katanya.

Tan berkata, dia kemudian didatangi seorang lelaki mengatakan ibunya yang sakit berada di dalam ambulans dan menolongnya dengan dibantu pemandu dan atendan ambulans.

“Kami membuka pintu belakang ambulans dan ternampak pesakit sedang tertiarap, manakala doktor lelaki yang cedera di kepala berusaha keluar sendiri melalui cermin hadapan yang pecah sebelum baring di bahu jalan.

“Saya kemudian membantu atendan dan pemandu ambulans mengeluarkan pesakit sebelum orang ramai datang membantu lalu saya menelefon talian kecemasan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Azmi Hashim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian membabitkan kakitangan HM dan pesakit terbabit.

“Saya difahamkan keadaan pesakit wanita dan jururawat adalah tenat dan masih dirawat ketika ini, manakala doktor sudah dirujuk ke HKL. Pemandu ambulans dan pembantu perawatan pula cedera ringan,” katanya.

Ketua Turus Trafik dan Ketenteraman Awam Melaka Tengah, Asisten Superintendan V Gunasegaran berkata, siasatan awal pihaknya mendapati ambulans dari HM sedang membawa pesakit menuju ke HKL memberi siren dan terus bergerak ketika menghampiri persimpangan lampu isyarat Seri Negeri-MITC.

“Apabila tiba di pertengahan simpang, tiba-tiba sebuah teksi keluar dari simpang MITC ke Seri Negeri menyebabkan ambulans berlanggar dengannya dan terbalik.Menurutnya siasatan lanjut masih dilakukan bagi mengetahui punca sebenar kemalangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) (a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi cawangan Trafik IPD Melaka Tengah di talian 06-283 4139.


p/s: pagi ni baru tau rupanya doktor yg cedera parah tu adik officer kek bhgian aku ni ha..ptt die EL hrni...nama doktor tu Tan *** ***..( ak pn xtau sbnrnye...sbb kakak die tan chai wei) ..h0pe sume selamat.

.: SALAH AYAT BLEH BUAT ORANG MENGAMUK :.

|
Pagi tadi ade lah terbaca satu entry sorang senior nih...
kalo u all baca mybe u all pn naik hangin gak la dgn p0st die kt FB...
bunyinye mcm ni
' orang kerajaan ni buat keja lembap...jangan asik nak mendabik dada bangga kerja dengan kerajaan...tp buat kerja hampeh. tapi kalo bab bonus cepat je '

kalo la korang ...ape korang rasa agaknye...??
mungkin dia marah dekat mane2 tempat yang dia pergi servicenye lambat...
tapi ingat...' NAK POST KT FB JGN MELIBATKAN SENSTIVITI ORANG LAIN'

cbo0lat sebagai kakitangan kerajaan agak sentap la bila dia cakap mcm2..
even dia xmaksudkan cbo0lat pn kan...
kena ingat...xsemua kakitangan kerajaan macam tu... JANGAN KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA...

memang diakui slalunya kita mendapat complain daripada orang awam...
servis yang lembap....pemalas....makan gaji buta...macam2 lagi la kan...
tapi kena ingat...BUKAN SEMUA KAKITANGAN AWAM MCM TU!

Yang paling pantang tok nenek dengar bila dia sebut pasal bonus...
ade pulak la ayam-ayam kt bawah mengomen
'KALO DAPAT BONUS JE MELOMPAT'...KECOH SATU KG...

isk2...ape lah dorang ni...
kita dapat bonus pn bape taun je skali????
evry year pn dapat bantuan kewangan je..
tu pn da kira besyukur....
taun ni dapat bonus pn SEPARUH GAJI sahaja!
bukan macam diorang 3-4 BULAN GAJI ...
tak de pulak nak bising...
yang bising tu media je....da nama pn media kerajaan
mesti la cite pasal kerajaan...xfaham tol cb0olat.

ape kekdahnye tah....jeles ke xdpt keje gomen??
diorang cakap ....3-4 bulan bonus setimpal dengan kerja diorang....mcm lembu cucuk hidung...
ada diorang tau cmne orang peguam kerja smpai lewat malam??
ada diorang tau cmne orang JPA keja smpai nk tetido kek opish tu?
ada diorang tau cmne orang2 JPM n MOF kerja ..kerja n kerja??
mmg bukan semua...tapi segelintir...
tapi ada tak diorang dapat gaji setimpal dengan apa yang diorang kerja??
kn ke gaji kita lagi sikit daripada gaji diorang...
...xfaham manusia macam ni...

lagi satu..
dia ade mention pasal orang gomen ni banyak cuti...
bleh men fb....goyang kaki...mcm2 lagi..
kalo pegi bank orang bank senyum je kalo ckp kite orang gomen...
senang je lepas loan....
kalo orang swasta bekurun xlepas2 loan...
please la...jagan salahkan orang gomen..
g tanya orang bank tu nape senang nk approve loan gomen mcm kite ni...
kite yang tau buat loan je..lepas x lepas...tu hak bank kn??

udah2 ler...
kalo asik nk salahkan pekerja kerajaan je...
cuba pandang pekerja swasta kt luar sana...bukan sume bagus pun....
pegi maidin P15....orang nk bayar dia bleh dok borak2 plak ngn mmber kaunter sebelah....pekerja kerajaan ke tu?
call TM ckp unifi rosak...seribu kali call pn belum tntu angkat pun tepon....berakar bontot nk tunggu smpai abis kreadit...pekerja kerajaan ke tu?
pegi beli tiket bas kat putra central...try tgk mamat klantan kt kaunter PlusLiner tu...pantang tanya tiket asik nk kena sembur je...cube la cakap elok2.pekerja kerajaan ke tu?

Ingat lah...
kalo rase xsuke orang kerja kerajaan
kenapa dulu lahir dekat hospital kerajaan?
kenapa sekolah dekat sekolah kerajaan?
kenapa kalao sakit pegi klinik kerajaan?

PENUTUP :
Bukan semua orang kerajaan yang kerja xbagus...lembap....xde disiplin....
Bukan semua orang swasta kerja bagus....ada jugak yang xbagus.....
So jangan salahkan sesiapa dalam hal ni...KERAJAAN ke SWASTA ke sama je
masing-masing cari rezeki yang halal....

p.s: da remove n blok pn die..mls nk layan. ^_^

*SEKIAN*

.: BeRiBu SesaLan lirik :.

|
by: ning baizura, jaclyn victor n shila

Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu


Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi

Kisah janji
Dimungkiri
Dimungkiri

Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Sia-siaku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Beribu sesalanku...

.: aku rindu dia :.

|
Aku rindu dia...
saat sume orang gembira berpuasa..
gembira beribadah kepada Allah...
tetapi aku?...

Ini puasa pertama kami sebagai suami isteri...
Ini tahun perama ak beraya bersama suami...
Tetapi semua tidak seindah seperti pasangan lain yang baru berkahwin...
diorang lain..
aku lain....
takkan ada seorang pn dapat memahami isi hati ak..perasaan ku...air mataku...
hanya Allah S.W.T tempat ak mengadu dan menangis....
setiap hari memohon petunjuk dan keampunan...

ak membaca coretan2 kegembiraan di facebook dan blog2 rakan-rakan yang seangkatan denganku..
tahun pertama dan hari pertama menjalankan ibadah puasa bersama suami...alangkah bahagianya...
tetapi tidak aku...
sebelum puasa suami ku da dijadualkan untuk bertugas di luar negeri...
option pertama seminggu sebelum ...
dan option kedua adalah hari mulanya puasa...

ak amat berharap suamiku memilih option pertama...
tapi malangnya dia memilih option kedua dengan alasan weeknd kena balik ke kg sbb anvsry mak n ayahnya..
so sebagai isteri....ak menurut keputusan tersebut..walaupun dalam hati da menangis memikirkan hari pertama puasa seorang diri.... aku tahu mak lebih penting dari aku...sbb syurga dibawah tapak kaki ibu...
tapi tipulah kalao aku tidak menangis....walaupun tanpa pengetahuannya....ak redha...

bermula hari pertama berpuasa...
aku berazam xkan sesekali menangis...
ak kuat dan boleh hidup seorang diri.....dan menjaga apa yang allah telah kurniakan kepadaku..
mujurlah ada teman yang selalu denganku menemaniku untuk berbuka....

hari kedua puasa....
kali ni aku rebah....
sayu hati bila terpaksa bersahur seorang diri....
sambil menyeka2 air mata teresak2...
hari ini adalah hari yang paling lemah untuk aku hadapi....
selepas bertadarus di office...
ramai yang menegur muka ku merah menyala....
bagaikan terbakar...
badanku rasa bahang....dan rupanya aku demam panas...
ya allah...
kuat dugaan mu untukku...
ak terpaksa menempuhinya seorang diri...
ak hanya ada engkau ya Allah...
xda sesiapa yang dapat membantu selain engkau..
ak berbuka puasa seorang diri....
merangkak2 ak ke dapur...
gagahkan diri untuk masak sambil duduk di atas kerusi...
ak gagahkan diri untuk berpuasa....
semuanya seorang diri....dan selepas solat isyak...
ak terus terbaring di atas katil smbil menahan kesakitan...
perut kanan ku begitu sakit sekali...
tidurku tidak nyenyak....pukul 2...pukul 3..pukul 4...
asik terjaga.....namun tak de ape yg boleh dilakukan...
tak de orang untuk aku meminta pertolongan...
selain berdoa kepada Allah..supaya mengurangkan kesakitan...

dan hari ini..
aku gagahkan diri untuk bekerja....
aku gagahkan diri untuk beribadat kepadanya...

Ya Allah...
Sesungguhnya aku amat merindui suamiku...
aku amat merindui kasih sayangnya...
aku amat merindui gelak tawanya...
aku amat merindui segala-gala tentangnya...

kuatkan aku Ya Allah..
kuatkan aku.....selagi aku mampu..

-coretan ikhlas cboolat-