TIPS UTK JD ISTERI MITHALI.. :)

|
1. Mainkan setiap peranan isteri dengan seimbang iaitu sebagai isteri, kekasih, kawan, penyokong, perangsang, penasihat, pendengar, pendidik dan pendoa.

2. Sentiasa taat kepada semua suami dalam semua hal yang dibenarkan oleh syarak. Tetapi isteri tidak perlu taat dalam hal yang melibatkan kemungkaran.

3. Layan setiap keperluan suami dengan saksama terutama keperluan seksual. Bagi suami, hubungan seks adalah bukti dan kaedah mengeratkan kasih sayang yang penting.

4. Fahami kerenah suami dan banyak bersabar. Gunakan gerak hati yang sedia ada dalam diri wanita bagi memahami kehendak dan pengharapan suami tanpa perlu disebut.

5. Didik suami berkenaan apa yang anda harapkan secara hikmah. Adakalanya anda kena berpesan kepada suami sehingga 200 kali untuk dia faham dengan jelas. Sabar apabila memberi pesanan kepada suami.

6. Berhias dan pastikan anda sentiasa kemas serta menawan untuk suami. Bincang dengan suami cara penampilan yang dia gemari. Lakukan mengikut kehendaknya.

7. Maafkan suami dan orang lain setiap malam sebelum tidur dan minta maaf daripada suami. Kemaafannya mencuci hati, menyembuhkan sakit, mencantikkan wajah, menarik sayang dan memakbulkan doa.

8. Doakan suami setiap masa. Doa mengeratkan roh anda dengan roh suami. Seterusnya membentuk kasih sayang yang mendalam dan berkekalan.

9. Pastikan anda melebihkan suami daripada ibu bapa ataupun orang lain. Tetapi pastikan anda bersopan santun terhadap ibu bapa supaya mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.

10. Berbahagialah apabila melahirkan anak seramai yang munasabah. Asuh dan didik anak sebaik mungkin. Jangan terlalu mengharapkan orang lain mendidik anak anda.

11. Pastikan anda meminta izin suami setiap kali keluar dari rumah ataupun dapatkan keizinan dalam jangka masa panjang. Keluar rumah tanpa izin adalah berdosa.

12. Elakkan daripada menjadi queen control. Nabi menyatakan, suami yang terpaksa taat kepada isterinya akan binasa dan rumahtangga akan musnah.

13. Pandang suami dengan lemah lembut, senyum, kata yang manis, sentuhan, dengar cakapnya dan peluk dia semasa pergi dan balik kerja.
14. Temankan suami makan walaupun anda sudah makan. Ramai suami rasa terbiar apabila terpaksa makan bersendirian selalu. Amalkan makan bersama suami.

15. Sesekali mandi bersama suami. Ini dapat mengeratkan kasih sayang dan keakraban antara suami dan isteri. Mandi bersama adalah sunah.

16. Rawat suami dengan penuh kasih sayang apabila sakit. Sentuhan dan kata-kata manis yang positif bertindak sebagai ubat yang mujarab.

17. Mengalahlah kepada suami bagi perkara yang harus. Suami rasa kecewa dan kurang berwibawa apabila isteri melawan atau enggan patuh arahan. Ini menyebabkan suami stres.

18. Tutup diri anda daripada sebarang lelaki lain. Pastikan anda menutup aurat dengan sempurna untuk kejayaan dunia dan akhirat.

19. Cintai suami sepenuhnya dan senangkan hati suami. Suami anda adalah lelaki terbaik buat anda mengikut perancangan Tuhan. Dan anda adalah wanita terbaik bagi suami anda.

20. Jaga rahsia suami. Ada isteri yang tanpa sedar menceritakan keburukan suami kepada kawan ataupun ahli keluarga lain. Perbuatan ini salah dan berdosa.

21. Tuhan tidak memandang isteri yang tidak berterima kasih atas kebaikan suaminya. Justeru, berterima kasihlah atas kebaikan yang suami lakukan.

22. Kebanyakan penghuni neraka adalah wanita kerana ramai wanita yang menyumpah seranah dan tidak bersyukur kepada suami mereka. Elak daripada khianat atau sabotaj suami.

23. Elakkan daripada menyakiti hati suami dengan bertindak malas, melawan, menghina, komplen, menghambakan suami, sombong ataupun buat perkara yang suami larang.

24. Jangan menerima tetamu yang bukan muhrim semasa suami tiada di rumah. Ini amalan yang bakal menghancurkan rumahtangga.

25. Kejutkan suami untuk sembahyang malam dan isteri juga turut sama melakukan sembahyang malam. Ia adalah amalan yang menarik hidayat dan menerangkan kubur.

26. Dalam kes berpoligami, jangan menyuruh suami menceraikan madu anda. Ini kesalahan yang amat besar. Belajarlah bersabar dan berkongsi dengan aman.

27. Isteri yang meminta cerai tanpa alasan yang sail, tidak akan masuk syurga. Justeru, jangan meminta cerai apabila tiada alasan yang dibenarkan syarak.
28. Benteng diri daripada gangguan syaitan dengan membaca basmalah, ta'awuz, ayat kursi, sembahyang 5 waktu, sentiasa dalam keadaan berwuduk dan baca Fatihah dengan ayat 3 'Qul'.

29. Kekalkan sifat malu dalam diri wanita. Sifat malu untuk lelaki itu baik. Sifat malu untuk wanita itu sangat baik. Wanita yang hilang sifat malu jatuh martabat dan maruah diri.

30. Apabila suami balik kerja, beri dia rehat 30 minit sebelum bertanya pelbagai soalan. Sampaikan berita yang baik dan kurangkan berita yang buruk.

31. Jadikan Quran sebagai teman dalam menghadapi masalah, gelisah dan sakit. Amalkan juga sembahyang isyrak dan dhuha.

32. Taubat sekarang sebelum terlambat. Pohon maaf daripada suami setiap masa kerana biasanya suami mati dahulu daripada isteri.

33. Jauhi perasaan buruk sangka terhadap suami, mertua, ipar duai, jiran dan orang lain. Apa yang kita sangkakan itu bertindak sebagai doa dan mungkin berlaku.

34. Bersangka baik dengan semua ketentuan Tuhan. Apa yang Tuhan tentukan adalah terbaik untuk kita dan untuk semua orang di sekitar kita. Orang jahil tak nampak hakikat ini.

35. Penuhi semua hak Tuhan. Apa yang Tuhan suruh, lakukan semuanya. Apa yang dilarang jauhi sepenuhnya. Apa yang Tuhan beri kita terima dengan redha dan syukur.

36. Kenal pasti punca yang menyebabkan kita marah. Adakah kita terlalu sensitif, gangguan, tertekan, tidak dihargai, orang ambil hak kita, masalah rumahtangga dan sebagainya. Selepas mengetahui punca, mudah kita mengatasi masalah.

37. Fahami kesan marah. Wajah hodoh, sakit jantung, darah tinggi, selesema, jangkitan virus, tulang rapuh, mati syahwat, hancur rumahtangga. Justeru, kawal marah.

38. Bergaul dengan orang yang baik-baik. Cari kawan baru. Orang yang mempunyai ramai kawan baik tidak gagal di dunia dan akhirat. Bagi mendapatkan kawan baik, jadilah kawan yang baik.

39. Buat undang-undang di rumah. Apabila suami marah, kita diam dan bersabar. Apabila kita marah, suami diam, sabar dan pujuk kita. Mengalah tanda orang yang hebat dan matang.

40. Ubat hati yang berkarat dengan solat taubat, istighfar, baca Quran, sedekah, minta maaf, maafkan semua orang, beri orang makan dan berkawan dengan orang alim ataupun yang baik-baik.
41. Sambut suami setiap masa dengan cara yang menyenangkan. Berhias diri dahulu sebelum membuka pintu menyambut kepulangan suami. Beri air dan picit tengkuk dan bahu suami setiap petang.

42. Suara yang lunak dapat mengubat jiwa dan merawat tekanan yang dihadapi suami. Indahkan dan lembutkan suara setiap kali bercakap dengan suami.

43. Apabila melakukan hubungan seks dengan suami, pamerkan yang terbaik. Seboleh bolehnya penuhi kehendak suami. Suami rasa amat kecewa dan terluka apabila kehendaknya ditolak.

44. Redakan marah suami dengan hikmah. Jangan menjawab walaupun kita betul. Terangkan hal sebenar apabila suami sudah reda. Rumahtangga hancur apabila suami isteri sama-sama ego.

45. Sentiasa muliakan keluarga suami. Layan mereka seperti keluarga sendiri. Apabila kita sayang suami, kita wajib memuliakan orang yang suami kita sayang.

46. Cemburu itu sifat orang yang beriman dan tanda sayang. Tetapi cemburu yang berlebihan buat suami serba-salah dan tertekan. Apabila terasa cemburu terus berdoa supaya Tuhan selamatkan rumahtangga kita.

47. Isteri mithali mengawal diri daripada melakukan sebarang dosa besar. Dosa kecil yang diulang-ulang menjadi dosa besar. Segera bertaubat apabila melakukan dosa.

48. Jangan benarkan kemungkaran berlaku dalam rumahtangga kita. Pesan pada diri dan ahli keluarga supaya menghindari kemungkaran. Apabila melakukan kemungkaran, hidayat Tuhan tidak turun ke rumah kita.

49. Amalan harian terbaik isteri mithali adalah sembahyang taubat, istighfar 70 kali, sembahyang hajat, memaafkan semua orang, bersangka baik kepada semua orang dan doakan keluarga dan semua jiran kita.

50. Seimbangkan hidup dengan membersihkan hati, membetulkan amalan, berkawan dengan orang yang baik, jaga solat, berkatkan rezeki, riadah dan buat semua perkara sebaik mungkin.

.: tasha:.

|
sha....
tah nape mlm ni ak rse sebak sgt...tringat kenangan2 kita dulu..
tah la...isk isk...sebaknye ak..
igt x saat kite naik neo...ko temankan ak g beli cat...
tekejar2 kite smpai ke senawang dgn nad kn waktu rehat
pdahal pkul 2 ptg klas da nk start,,,
penatnye waktu tu nk dptkn duit..
xde org pcaye yg ak keje selain ko n nad..
ko ngn mwi byk bg smgt pd aku...byk bntu ak...
sedihnye tasha....mcm2 org ckp ak..
igt x lgi....saat kite g jaiming same2...
ak teman ko..slalu kn kite kuar..
singgah kt kedai pkcik lorong 6 mkn..
kita g billion ngn intan...
mkn cendol dkt dpn kubur...
n pling ak rindu kite menari poco-poco same2 kt pantai...
ak rindu wktu2 tu...rase mcm nk blik semula waktu dulu..
waktu ak jtuh...ko sntiasa dcc ak dulu..
smpai la skunk...skali lg ak jtuh spt dulu...n ak rase xmmpu nk bgun lgi buat kali ke2..
tp dgn smgt ko n kwn2....ak tbh dengan sume dugaan tuhan...

mlm ni..
ak juz mmpu mngis...trgt knangan2 kita...sedih..sebak...
tah la...

esok...
ko da nk jd hak milik orang sha...
bru ak tau kenapa ko ngis mse ak kwen..
ak da dpt rase perasaan tu skunk...xtrungkap dgn perkataan
ak xtau cmne ak nk tgk ko akad esok..
ak xtau cmne nk tepung tawar ko...msti sebak...
biar r ak ngis mlm ni....dr ak tgk ko sedih esok..
ak hrp sgt sha...hrp suami ko dpt jge ko dgn baik..
dpt bhagiakan ko..n bimbing ke jalan allah..
ak da xmmpu nk taip lg sha...

maaf...
ak nk minta maaf ats segala salah silap ak
halalkan mkn minum ak..
even ko da kwen...ko ttp kwn ak smpai bila2..
ak xpnh lupa jasa2 ko dgn ak...
kenangan2 kita..
trima kasih ats segala pngrbnan ...


Selamat Pengantin Baru Sha...

.: NASI TOMATO:.

|

Resepi to kak dutt :)

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 2 cawan beras
  • 2 biji tomato-potong dadu
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan susu
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 helai daun pandan
  • sedikit garam
  • ## Bahan tumis ##
  • 2 sudu mentega/ minyak sapi
  • 2cm kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 biji buah pelaga
  • 2 ulas bawang putih-hiris
  • 1/4 bawang besar dihiris
  • ## Hiasan ##
  • Bawang goreng

Cara-cara

  1. Cuci beras. Rendam selama 5-10 minit. Toskan
  2. Panaskan mentega/ minyak sapi. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau
  3. Masukkan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan sos tomato, tomato, susu, air, daun pandan dan sedikit garam
  4. Masaklah nasi macam biasa.
  5. Bila dah siap bolehlah ditabur bawang goreng
ni lah hasilnye..........sonang yo!

.: Sedih :.

|


Mlm ini ak bersedih...

tatkala diri kesunyian..

tatkala diri kesorangan..

 
ya Tuhanku...

engkau tabahkan hatiku...

Tuhan...

ak tahu ini semua ujianmu untukku..

Tuhan...

ak xmudah melatah dengan dugaanmu...

Tuhan....

ak tahu kau berikan yang tebaik untuk hidpku..

Tuhan....

lindungi hambamu..

agar diriku kuat dan dpt beramal ke jalanmu..









.: Aku dan Mereka :.

|

nIE Sahabt2 sy...sume c0mel2 belaka... :)
Ade yg pngl aku adik...ade yg pngil aku bulat...
ade yg pngil aku za...ade yg pngil 'ko'
ade yg pngil mcm2 la...
hihi...
Hope ikatan yg terjalin...abadi selamanya...
thnx 4 being my luvly fren..
-syaza-

Nape si boolat deactivated FB?

|
Kenapa ttp FB?
Sbb kecewa dgn sikap sahabat yang bermulut lancang...moga allah ampunkan dosanya

Siapa?
Hamba Allah..Allah kurniakan kelebihan pada rupanya yang cntik...mulutnya xdapat dikawal setelah giginya dibetulkan. (ooopsss)..kalo salah minta maaf ea...itu nikmat Allah..jgn smpai ditarik balik.

Kenapa?
Sbb xatend besday party yang dorang anjurkan..n sy dan rakan2 buat second event disebelah malam. Tp demi Allah it is not my plan..kami rancang secara kebetulan kpd kwn2 yg xdpt dtg even sblh siang. Small matter je kn..but its oke if it is the point.Sy minta maaf. Tp sy bukan dalang.

Abeh tu nape ttp FB?
Sbb hamba allah tersebut telah memaki hamun sy di wall beliau..n satu dunia bleh bace.
Malu ler sy...(sy kn pemalu)

Ape die ckp?
Beliau ckp menyesal dtg wedding sy...buang masa....xkenang budi...sial...WTF dll.
Beliau juga ckp yg kwn baik sy bermuka2 dan dtg event dorang semata2 nk suh dorg dtg knduri ..xbaik fitnah tao..bedosa.
Mereka juga ckp kenapa kwn2 sy xdtg pn wedding sy?sdgkan dorang bleh pegi Langkawi.

Then ape awk ckp?
Sy bekali2 meminta maaf..tp xdiendahkan...die trus memaki hamun sy..
Dorang g Langkwi after my wedding...dorg xdpt dtg wedding sy sbb ade hal...so sy xkesah.dorg ttp kwn sy.

Apa perasaan?
Kecewa...sedih...xsgka ade kwn yg mcm tu...

Kenapa on blik FB?
Sbb rmai yg cri sy..dorang ckp ssh nk cntct kalo xde fb....

Ape dorang ckp lg?
Biarkan org yg mcm tuh...xspttnye jd kwn...jgn kalo orang tu da lembu...kite pn turut sama jd  lembu mcm die....so sbb xnk jd lembu sy on la blik fb..demi kwn2 tesayang.

Adakah ada akan memaafkan beliau?
Tidak sama sekali...selagi mereka be3 tidak datang meminta maaf kepada sy...sy tidak akan halalkan setitikpun makan minum yang mngalir di tubuhnye..tmasuklah AIR PAIP yg mreka minum..dan seandaiya sy pergi dulu sblm mereka, maka beritahu mereka yg mereka msih ad hutang dosa dengan sy..keculi mereka datang meminta maaf.

Mereka be3?
Yup..ada lg 2 orang pengikut setia beliau.

Mengapa smpai begitu skali?
Sbb ini melibatkan maruah sy dan keluarga.

Bile plak ade blog nih?
Cik AF yg byk mmberi tunjuk ajar..mklum ler..bosan2...buat ler blog...

Pesanan:
- Terima kasih kpd kwn2 yg sudi dtg majlis perkhwinan sy...jejauh dan dedekat...sy sgt hrgai kalian...syg u all.

-n kepada sesiapa yg tak ikhlas utk datang, rase buang masa, rugi, dan tepaksa minum air paip...sy bg jemputan...terpulang nk datang ke x..lgsg xmemaksa.....sy hnya hargai orang yg dtg wedding sy dengan ikhlas...mak ckp.. " la...rumah kita punye la bnyak air,,,teh tarik,,,air kaler maler...yang p minum air paip sape suh?" sy abehkan bepuluh ribu utk tetamu yg hadir..maaf atas segala kekurangan.

-Thnx 2 my lovly usband...john sparrow...my cousin yg byk bg smgt (NHH).
and also budak degil, angah atin, freakleady shaz, cik mid, aja imfa, nad myvi pink, liana azwa , rakan2 opis dan juga kwn2 yg selalu mmberi sokongan dan mnjenguk sy di rumah..

Puisi buat sahabat:

Sahabat...
Kau tempatku berbagi
Tempat aku bersandar
Tempat aku bercerita
Sahabat...
Kau ada untuk aku
Kau adalah semangat
Tuk teruskan hidupku
Sahabat...
Kau tegarkan aku
Dalam lemahku
Kau bangunkanku
Saat aku jatuh
Terimakasih sahabat
atas sgala jasa
dan waktumu

Ape akn jd agaknye esok..

|
Da nk dekat jam 2 pg nih...
bile agaknye ak boleh tdo.....
kalo tdo ape agaknye akan jd sok???
ape ak nk jwb dlm kls??
Test ooooo test...
gilek r...5 assgnmnt 3 test..mmg giler!
asal r sume nak esokkkkkkkkk
mst xtdo pnye ak mlm ni...ade lg 4 bab xcover..
4 BAB???dengan buku quality yang setebal roti gardenia (yg pnjg eh)
n tngl lg kurang lebih 3 JAM utk ak stdy..sementara nk pkul 5 pg!
ish2...truk btul...ape r nsib....nasib....
nsib ak baik ade kawan yg sebaik LYN yg sudi memprintkan assgmnt aku..
n YANI yg sudi bekongsi mklumat...korang ade?ade?ha...
xde kan kwn cmtuh...ngeh2...dah la..pepagi mengarut..
nk smbung stdy...Selamat Malam Buta Malaysia! ^__________________^

JEPUN DILANDA GEMPA BUMI !! SELAMATKAN SUAMIKU YA ALLAH!

|
yA aLLAH....jEPUN Dilanda gempa bumi!
selamatkan suami ku ya allah...
xsenang hati ak dgr brita nih....
Aku btl2 resah n gelisah...
ak xmmpu nk buat apa2....selain kupanjatkan doa untukmu Ya Allah..

xtau mcm mana perasaan ak ....RISAU....GELISAH...
Aduh.....dOAku smoga suamiku selamat....

Ampunkan ak Ya Allah..

|
Ak hmbamu yg lemah...
tatkala mulutku lancang berbiraca....
membuatkan hati manusia terluka...
maafkan ak...
ak tidak sesempurna malaikat
dan tidak juga sejahat jin yang tidak prnah lekang dri dosa
ak hanya mnusia biasa...
yang bisa melakukan kesalahan..
ingin sekali ku sucikan hatiku
menjadi hmba yg baik utkmu
mnjdi umat yg baik utk nabiku
mnjdi istri yg solehah utk suamiku
mnjdi ank yg solehah utk ibu ayahku
mnjdi kakak yg baik utk adik2 ku
n mnjdi teman yg baik utk shabt2 ku....
supaya hidup matiku..adalah di dalam keredhaanmu..
-MAAFKAN AKU-

Lalala... :)

|
Harini sumenye bejalan lancar
2nd assgmnt Done!
tngl lg 2 assgmnt...adoyai..parah gak tuh..
coz i hve 4 test for next class...adoyaiiii....zZzZz..
memenatkan...tp xpe...sbb i slalu pgang kata2 nih..
"Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi,
tidak akan pernah merasa terancam dengan perkataan..
atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan..
Sesungguhnya mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matalamatnya.."
Chaiyok cAza!:)

mALAM yANG sUNYI....

|
.Rabu- 3 mAC 2011.


Termangu ak kesorangan....melihat bintang2 dilangit..
betapa indahnya ciptaan Allah S.W.T.
Ya Allah....subhanallah...betapa besarnya kuasamu tuhan.
ak bersyukur...
Atas segala apa yang dikurniakan untukku...
Allah sentiasa adil untukku....memberi apa yg layak untukku..
dan membalas hukuman yg stimpal dengan dosa2 ku...
Semua kejadiannya...semua aturannya...pasti ada hikmahnya..
Aku sebagai hamba hanya  menurut jalanmu...dengan diiringi doa dan harapan
Berikan aku kekuatan...
agar sntiasa setia beriman kepadamu..dan tidak lekang ucapan namamu dibibirku...
aku  berharap diberi peluang untuk menjadi hambamu yg solehah...
Insyaallah.

Nukilan pertamaku- caza c bulat